TIPS PILIH LANGSIR


Berikut adalah beberapa perkara yang perlu diberi perhatian dalam memilih langsir yang sesuai:



1. ADAKAH RUANG ATAU BILIK YANG DIPILIH MEMPUNYAI JUMLAH CAHAYA YANG MENCUKUPI? 
Sekiranya anda berpuas hati dengan sumber cahaya yang memasuki sesebuah ruang atau bilik, anda perlu memilih jenis kemasan yang terbaik untuk mengawal kemasukan cahaya tersebut.
Utamakan kemasan tingkap yang mempunyai beberapa lapisan. Sebaiknya pilihlah fabrik jenis beralun. Reka bentuk fabrik juga adalah faktor yang membantu mengawal kandungan cahaya yang boleh diolah sama ada dalam bentuk formal atau tidak formal.


2. KEMASUKAN CAHAYA 
Pemilihan langsir daripada pilihan fabrik ringan dan jarang seperti sheer adalah terbaik. Sekiranya anda inginkan suasana ruang lebih formal, sebolehnya pastikan kemasan tingkap yang dipilih dapat mengawal cahaya sepenuhnya.



3. KEDUDUKAN ATAU REKAAN TINGKAP YANG TIDAK SEIMBANG
Anda boleh memilih untuk menggantung langsir atau kemasan tingkap seperti pilihan fabrik atau bidai pada bahagian atas tingkap, iaitu pada ketinggian 6 inci.
Sekiranya saiz tingkap terlalu kecil, pastikan anda boleh menggantung fabrik untuk membolehkan ia melindungi bahagian tepi tingkap.
Perlu diingat, anda memerlukan permukaan dinding yang mencukupi bagi memastikan gantungan fabrik pada bahagian atas tingkap.



4. KENAL PASTI KONSEP ATAU STAIL DEKORASI BILIK
Sentiasa pastikan kemasan & reka bentuk tingkap adalah bersesuaian & sepadan dengan konsep atau gaya dekorasi ruang pilihan.
Sekiranya ruang adalah berbentuk formal, anda perlulah memilih fabrik yang lebih panjang sehingga mencecah ke aras lantai dan disertakan bersama pilihan fabrik berkualiti dengan rekaan kemas 
dan rapi.
Bagi ruang tidak formal, pilihan fabrik yang tergantung pada paras tingkap dapat membantu ruang tampil menarik.


5. BAJET KEWANGAN
Jumlah bajet adalah penentuan kepada pemilihan jenis dan kualiti fabrik untuk menggayakan stail atau rekaan pilihan.
Sekiranya peruntukan adalah besar, anda berpeluang untuk membuat pelbagai pilihan fabrik dan 
kemasan yang berkualiti dan terbaik.
Andainya peruntukan adalah terhad, pilih kemasan yang menggunakan jumlah fabrik terhad. Pemilihan langsir singkat hanya memerlukan kuantiti fabrik yang terhad. Anda cuba perlu mengolah kreativiti untuk memilih corak dan motif yang mampu menampilkan kemasan tingkap yang lebih menyerlah.


No comments:

Post a Comment